
Salam,
Fini nak cerita pasal satu program rancangan realiti tv yang ke udara jam 5 petang di RTM2 pada setiap hari Ahad. Pada mulanya, lazimnya petang Ahad memang tak de rancangan yang menarik (bagi Fini la) tapi disebabkan pengaruh iklan...huhu...Fini nantikan la program realiti ni. Nak tengok macam bentuk program ni. Fini tengok masa tu dah episod yang kedua - usahawan kerepek. Yang episod pertama - pengusaha cendawan dah terlepas. Episod yang Fini tengok tu tentang bagaimana perusahaan kerepek ubi kayu dibuat...bermula dari penuaian di ladang hinggalah ke aspek pembungkusan. Peserta : Azrin Kerepek - Jamirah Food Industries (M) Sdn. Bhd. Tetamu jemputan pada minggu itu pula Rosyam Noor.
Berbalik pada cerita asal, di akhir rancangan ada la soalan kuiz SMS. Fini selalunya tak berminat dengan semua ni. Digerakkan hati nak mencuba. Hehe...Fini pun hantar le SMS ke 32776. Jawab le 3 soalan. Tak de le niat nk menang. Saja pasal dh boring sgt, kredit pun banyak masa tu (haha..pasal dah jarang SMS org, lain zaman belajar dulu). Minggu seterusnya - pengusaha kambing Boer, pun Fini tgok juga tp masa tu kat kampung di Lipis. Coverage tak de. Huhu ni semua sebab musim durian. Fini hantar SMS but no reply for the first question...pada masa tu la. Balik je ke Bentong tup..tup..banyak reply message for the first question. Try jawab...tp berulang-ulang first question...uish pening masa tu...sume ni sbb Fini juga la...bnyk kali hantar masa tak de coverage tu...haha. So, stop le dari nak try contest tu. Sah-sah le tak dapat untuk hadiah terkumpul. Masa tu tak de rasa terkilan. Lepas daripada tu, hujung minggu yang berikutnya Fini pun terlupa nak tengok dah.
Tetiba semalam I've got a phone call dari no +60301. Kan ke pelik no tu. Takpe, angkat je la. Dia tanya Fini ada masuk contest yang kat RTM tak? Fini pun dah lupa sebenarnya..."Erm, yang pasal usahawan tu ke?", Fini tanya. Ye, rupanya dia nak minta my full name, ic registration number and full address. Dia pesan soh Fini tengok SPM hari ni jam 8 pagi untuk tahu Fini dapat hadiah apa. Ia-ia la Fini tunggu, announce nya jam 9.27pagi...huhu...tak dapat nak ikut pi pasar rini. Alhamdulillah, Fini dapat tempat ketiga untuk peserta mingguan. Takpe la kan, nama pun sekali cuba. Kira rezeki juga tu. So, dapatla Fini hadiah Akaun Simpanan Patriot yang bernilai RM100. Alhamdulillah. Seronok sangat tengok my name terpapar. (",)
Hadiah terkumpul : Rantai berlian Habib Jewels.
Tempat pertama (Mingguan) : RM300
Tempat kedua (Mingguan) : RM200
Tempat ketiga (Mingguan) : RM100
So, petang ni nak tunggu depan tv jam 5 petang, RTM2. Jom pakat tengok sebab ini merupakan rancangan realiti yang berunsur hiburan diselit dengan isu-isu yang serius. Sesuai untuk ransangan bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Ia juga membuktikan bahawa pertanian itu satu prospek yang luas dan boleh dijadikan satu bentuk perniagaan.
www.sdsa.com.my









No comments:
Post a Comment